Assalamualaikum....Kali ini KACC telah menyertai satu kayuhan Gabungan Kelab Basikal Kuantan(GKBK) bermula lebih kurang 9 pagi...kali ini GKBK telah memilih salah satu trek mencabar dinamakan JABOR-JERANGAU (36km)..Sebahagian dari ahli kelab telah berkumpul di Restoran Natam seawal pukul 7.30 pagi dengan membawa semangat yang membara..Kali ini kayuhan diketuai oleh Abang Ramlan yang lebih banyak mengetahui jalan-jalan di dalam trek tersebut.Seramai 29 orang MTB tegar telah menyertai kayuhan kali ini.Trek kali ini lebih banyak bukit yang mencabar kekuatan mental dan fizikal para MTB tegar yang menyertainya...
Kayuhan tersebut telah tamat lebih kurang pkul 12 tengah hari...Alhamdullilah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang aktiviti ini.Tahniah pada para MTB tegar kerana dapat menghabiskan satu kayuhan mingguan yang seronok dan mencabar..Terima kasih pada yang menyertai kayuhan ...edit by:Nurazhar obert
KAYUH “KAW-KAW” 31 MAC 2018
6 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan